PENSTRUKTURAN SEMULA PENGENAAN KADAR YURAN PENGAJIAN

PEMAKLUMAN PENSTRUKTURAN SEMULA PENGENAAN KADAR YURAN PENGAJIAN PROGRAM LATIHAN KOMPETENSI KEMAHIRAN (LKK) PERSONEL BINAAN (DENGAN TAJAAN) & YURAN PENILAIAN BAGI PROGRAM PENILAIAN KOMPETENSI KEMAHIRAN (PKK) TEMPATAN (DENGAN TAJAAN)


Adalah dimaklumkan bahawa Pengurusan Tertinggi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah bersetuju untuk membuat penstrukturan semula pengenaan kadar yuran pengajian program Latihan Kompetensi Kemahiran (LKK) Personel Binaan (dengan tajaan) & yuran penilaian bagi program Penilaian Kompetensi Kemahiran (PKK) tempatan (dengan tajaan) dengan kelulusan seperti berikut:


i. Yuran pengajian bagi program LKK Personel Binaan (dengan tajaan)  diselaraskan pada satu (1) kadar yang sama meliputi semua tred yang ditawarkan iaitu RM100.


ii. Yuran Penilaian bagi program PKK (dengan tajaan) dikurangkan kepada RM200 bagi semua tred.


Penstrukturan ini berkuatkuasa *5 Mei 2025 dan akan tamat pada 31 Disember 2025

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔨 LATIHAN CIDB PART TIME - MEI 2025!