PROGRAM LATIHAN BELIA KOMPETENSI KEMAHIRAN PEMBINAAN
PROGRAM LATIHAN BELIA KOMPETENSI KEMAHIRAN PEMBINAAN
(JANGKA PANJANG)
LEPASAN SPM – INILAH MASA DEPAN ANDA!
Anda lepasan SPM dan sedang mencari arah tuju kerjaya?
Tak minat atau tidak layak meneruskan dalam bidang akademik tetapi mahu berjaya dalam hidup?
Jangan risau – kami ada jalan penyelesaian untuk anda!
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah (ABM WT) membuka peluang keemasan untuk anda menyertai Program Latihan Belia Jangka Panjang, khas dalam bidang kemahiran pembinaan yang terbukti laku keras di pasaran kerja dalam dan luar negara.
Kenapa Pilih ABM Wilayah Tengah?
Pusat latihan kemahiran bertaraf industri pembinaan
Tenaga pengajar profesional dan berpengalaman
Kemudahan latihan lengkap dan moden
Program diiktiraf oleh CIDB Malaysia
Pembelajaran 70% praktikal + 30% teori
Peluang pekerjaan tinggi selepas tamat latihan
Kemudahan Untuk Pelatih:
Penginapan disediakan
Baju Tshirt & Kasut Keselamatan Diberikan
Elaun harian RM25.00 & bulanan RM150.00 untuk pelatih
Sijil Kecekapan Kemahiran Pembinaan (SKKP) atau setara selepas tamat
Lesen Jentera Berat Untuk Tred Berkaitan
Bidang Latihan Yang Ditawarkan:
Jentera Berat (Backhoe @ Excavator)
Kerja Bata (Bricklaying)
Kerja Plastering
Keluli Tetulang (Bar Bending)
Konkrit (Concreting)
Formwork & Perancah
Dan banyak lagi bidang kemahiran lain!
Tempoh Latihan:
Antara 2 hingga 12 bulan, bergantung kepada bidang latihan yang dipilih.
Syarat Kemasukan:
Warganegara Malaysia
Umur antara 18 hingga 35 tahun
Sihat tubuh badan
Berminat dalam bidang pembinaan
Komited untuk mengikuti latihan sepenuhnya
Umur 21-35 & Mempunyai Lesen Kereta Kelas D bagi Tred Jentera
Kenapa Tunggu Lagi?
Ini masa depan anda. Jangan sia-siakan peluang ini.
Ramai graduan ABM kini bekerja dalam industri pembinaan tempatan dan antarabangsa.
Dengan kemahiran, anda mampu mengubah kehidupan!
“KEMAHIRAN UNTUK KERJAYA”
Pilih ABM – Langkah Pertama Ke Arah Kerjaya Yang Stabil Dan Lumayan
Untuk maklumat lanjut & permohonan:
Hubungi: 019-9432406 (En. SYUKUR)
Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah

Ulasan
Catat Ulasan