Ini Peluang Emas Jana Pendapatan Melalui Kemahiran di Negeri Sembilan

Ini Peluang Emas Jana Pendapatan Melalui Kemahiran di Negeri Sembilan


Ramai Belia Masih Tercari-cari Arah Tuju

Lepas SPM, ramai yang keliru. Nak sambung belajar tapi kos tinggi. Nak terus kerja, tapi tak ada kemahiran. Ramai yang akhirnya menganggur atau kerja biasa-biasa, gaji cukup makan sahaja. Tapi tahukah anda, sebenarnya industri pembinaan di Malaysia sangat perlukan tenaga mahir — dan mereka sanggup bayar gaji lumayan jika anda ada kemahiran yang betul.


Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah – Laluan Pantas ke Dunia Kerjaya

Di sinilah peranan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Tengah – Negeri Sembilan. Kami bukan sekadar pusat latihan, tapi jambatan anda menuju kerjaya yang stabil dan profesional dalam bidang pembinaan.

Di ABM, kami menyediakan program latihan kemahiran dengan sijil yang diiktiraf CIDB, antara Program yang ditawarkan:

✅ Belia (Jangka Panjang)
✅ Personal (Jangka Pendek)
✅ Penilaian Kompetensi
✅ Customised
✅ Dan banyak lagi!

Latihan dijalankan secara praktikal, menggunakan fasiliti sebenar yang lengkap, serta dibimbing oleh jurulatih berpengalaman dari industri.


Kenapa Pilih ABM Wilayah Tengah – Negeri Sembilan?

Sijil Diiktiraf CIDB – Mudah dapat kerja dan diterima oleh kontraktor seluruh negara
Latihan Praktikal – Belajar secara hands-on, bukan hanya teori
Kos Rendah / Tajaan Tersedia – Warganegara layak
Penempatan Kerja – Peluang diserap masuk ke syarikat pembinaan selepas tamat latihan
Kemudahan Lengkap – Bengkel moden, tempat tinggal disediakan (tertakluk)


Bina Kerjaya, Bina Masa Depan

Jangan tunggu lagi. Ramai yang dah berjaya bina kerjaya mereka selepas tamat latihan dari ABM. Ada yang jadi tukang mahir, kontraktor, malah ada yang buka syarikat sendiri. Anda pun boleh jadi seperti mereka — asalkan ada tindakan pertama.


Hubungi Kami Hari Ini

📞 En. Syukur – 019-9432406
📍 Lokasi: Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah (Cawangan Negeri Sembilan)

🌟 “Kemahiran Untuk Kerjaya – Mulakan di Sini.”
🌐 (Sertai kami sekarang dan ubah masa depan anda.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

🔨 LATIHAN CIDB PART TIME - MEI 2025!